Kyodo News
Kyodo News

Kyodo News

Kyodo News (Bahasa Jepun: 共同通信社, Kyōdō Tsūshinsha) adalah sebuah koperasi agensi berita bukan untung yang berpusat di Minato, Tokyo. Ia ditubuhkan pada November 1945 dan menyiarkan berita ke hampir semua akhbar, dan rangkaian radio serta televisyen di Jepun. Akhbar yang menggunakan beritanya mempunyai sekitar 50 juta pelanggan. K. K. Kyodo News adalah cabang perniagaan Kyodo News, yang ditubuhkan pada 1972.[1] Cawangan antarabangsanya pula Kyodo News International yang ditubuhkan pada 1982, menyediakan lebih dari 200 laporan kepada media berita antarabangsa dan terletak di Rockefeller Center, Bandar New York.[1]Laman berita dalam talian mereka adalah dalam bahasa Jepun, Cina (Ringkas dan Tradisional), Korea, dan Inggeris.Agensi ini mempunyai lebih dari 1,000 wartawan dan jurugambar, dan mengekalkan perjanjian pertukaran berita dengan lebih daripada 70 media antarabangsa.[1]Satoshi Ishikawa adalah presiden semasa agensi berita ini.[2]Kyodo News dibentuk oleh Furunu Inosuke, presiden Agensi Berita Domei, setelah pembubaran Domei selepas Perang Dunia Kedua.[3]Kyodo News adalah satu-satunya agensi berita yang tersisa untuk menghantar berita melalui faks radio. Ia menyiarkan akhbar lengkap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, selalunya pada 60 baris seminit dan bukannya 120 yang lebih normal kerana kerumitan tulisan bahasa Jepun yang lebih kompleks.

Kyodo News

Tempat dibekalkan Jepun dan seluruh dunia
Industri Agensi berita
Pendapatan operasi 40.7 bilion yen (Tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2012)
Nama dahulu Domei News Agency
Anak syarikat Kyodo News International
Bilangan pekerja 1,683 (setakat 1 April 2018)
Ibu pejabat Tokyo, Minato-ku, Higashi-Shimbashi 1-chome No. 7 No. 1
Pengasas Furunu Inosuke
Laman sesawang KyodoNews.jp
Ditubuhkan 1945; 75 tahun yang lalu (1945)
Jenis Koperasi agensi berita bukan untung